BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 24, 2008

Blank!!!

title aku 2 blank pasalnya aku mmg tgh blank pun psl nak cari worker ni...adoi!!!macam2 je problem yg muncul..(sapa2 yg nak buat biz 2 pikir byk kali la ye)

Nak dijadikan cerita(ala,bknlah drama pun)mekanik aku yg sorg tu mmg menguji kesabaran aku dgn isma sungguh.Mcm la perangai yg dibuatnya kitorg ni sabar je lagi..cukup time kitorg punya sabar pun akhirnya hilang@menghilangkan diri, kitorg pun mengambil tindakan yg drastik dgn menamatkan perkhidmatannya(bkn tamat riwayat tau)kat workshop kitorg ni..Huh!!akhirnya dgn keberanian yg ada dlm hati kitorg ni berjayalah memecatnya..
Bila mekanik yg sorg 2 dah dipecat, maka bermulalah sesi mencari mekanik yg baru plak...Hmm..bknnya senang beb nak cari pekerja ni.Tmbh plak yg memerlukan seseorang tu ada kemahiran.Kita bknnya boleh main hentam je nak pilih org.Bila dah advertise nak cari mekanik adalah beberapa kerat org yg telefon bertanyakan hal keje(bkn tanya khabar pun).Bila dah call tu kitorg pun suggest la dorg ni dtg utk di 'interview'..Maka berjalanlah sesi interview tu. Bla...bla..bla sikit2 utk cari org yg sesuai. Bila dah dpt yg sesuai, dah buat hal plak..tu belum masuk keje lg dah buat hal...kalau dah keje xtau la camna...nasib baik gaklah. so,terpaksalah advertise lg dan sesi interview lg...Maka dgn ini adalah seminggu jugak workshop ni takde mekaniknya...aiii...sewa dan bil2 nak kena bayar gak ni.Pening2...
Kalau la keja2 nak repair kereta org ni sesenang nak masak air...dah lama aku buat sendiri je. Tp bila memikirkan yg kereta ni bak nyawa org la jugak...tuan empunya kereta nak menggunakan keretanya utk pelbagai tujuan. Maka keretanya perlulah berkhidmat sebaik mungkin pada tuannya. So, tak bolehlah aku nak sesuka hati dan sesedap tembikai je nak repair kereta org tanpa kemahiran..ini bukannya cobaan...ini realitinya.

Ha..dari satu dugaan ke satu dugaan yg perlu dihadapi..nak buat camna. Inilah dugaan dan cabarannya kalau nak berniaga ni..bknnya kita berniaga ni terus je menuju ke puncak(menuju puncak gemilang cahaya..)kan dah selit lagu AF plak..semuanya nak kena mula dari bawah dan step by step la omputih kata..mcm kita bila baru dilahirkan la..kan ke kita step by step. Takdenya kita lahir terus melompat keluar lalu berjalan sendiri...(mau terkejut doktor dan nurse)boleh la plak masuk Guiness Book of Records...tak pun Ripley's Believe it Or Not.
Dah mula merapu dah ni...macam tu lah kisahnya untuk kali ni..lain kali ada story lagi aku post lagi la kat sini ye

Thursday, October 16, 2008

Ragam Anak-Anak Kecil

Alangkah seronoknya kalau boleh jd kanak2 balik kan??Mungkin tak pyh serabutkan otak ni dgn mcm2 perkara dan masalah.Semuanya diuruskan oleh parent kita..Tp bila dah meningkat dewasa ni mcm2 lah yg nak dipikirkan..tu belum tambah lagi kalau ada masalah..Mcm nilah kehidupan...semakin lama semakin berat tanggungjawab yg kita kena pikul.Nak tak nak kenalah bertanggungjawabkan..

Skrg dah besar ni kena pikir nak menyara hidup sendirilah..takkanlah nak harapkan parent lagikan.Dorg pun bknlah bekerja lagi.Sebagai anak2 kitalah plak yg kena bertanggungjawab menyara parent kita plak.Kalaulah ada rezeki yg lbh mmglah senang..tak yah nak susahkan parent lagikan.

Bila tgk budak2 kecik senangnya rasa hati..dorg bknnya tau apa masalah.Tak yah nak ssh2 pikir apa2..Cuma kalau lapar nangis atau minta jelah nak mkn..selebihnya main...main dan main.tak pun cukup time suh tido.Kalaulah masa kecik dulu tau bila dah bsr camni tanggungannya mesti aku dah prepare awal2...hahaha.Kononnyalah tu...Tp masa bknnya boleh di ulang blk pun.Whatever past is past..Its time for the future.

Budak2 ni bila bertemu mcm2 lah kerenahnya..Tp sama je dgn yg dewasa pun.Mcm2 lah perangai n chit chat yg dpt di dengar..Tp time tu lah pun nak bersembang dan bercerita mcm2.Kalau guna teknologi ni(walaupun canggih gila)tp mmg tak sama dan seseronok apa lagi teruja bila bertemu muka.Kalau bertemu muka tu mmg mcm2 gaya dan ekspresi lah bila bercerita tu..Ha..sapa2 yg terasa tu maaflah ye...hihihihi

Tp sebagai umat Islam kita kenalah hadapinya dgn sabar dan banyak berdoakan..Hehehe...takkanlah nak putus asa plakkan.InsyaAllah hidup kita sentiasa dirahmati...Amin

Friday, October 10, 2008

Happy Birthday!!!

Hari ni mmg hari yg istimewa..Sbbnya ada 2 org ahli keluargaku yg menyambut harijadi pd tarikh yg sama. Pada tanggal hari ni 10/10/08 genaplah usia mamaku yg ke 57...Wah!!Syukur dipanjangkan usia lagi. Pada hari ni jugakla birthday anak buahku yg mmg dikenali sebagai pak lawak or should i say 'mak lawak'...(yelah pompuankan). Nuryn Humayraa...Happy 2nd Birthday to u.


"Allah selamatkan kamu....

Allah selamatkan kamu...

Allah selamatkan Mama dan Adik...

Allah selamatkan kamu"...

(Versi melayu lah kan)

Sorilah hadiah lambat skit la...budget dah lari ke Hari Raya daa...

Disebabkan hari ni agak special skit...so along pun plan la nak menyambutnya dgn menjemput la beberapa kerat kawan2 nya (konon je tue) dan juga sedara mara yg ada. So, kami pun apa lagi mulalah plan mcm2 utk buat majlis jamuan makan2 yg ala2 kadar la...(ye ke??) Macam biasalah tugas ke pasar akulah tu yg kena bertanggungjawab...Xpe2...kerana aku dan Isma mmg dah plan nak menjamu tetamu dgn hidangan resepi rahsia kami...apa lagi kalau bukan CHAR KOAY TEOW(rahsia sgt...sampaikan Secret Recipe pun kalah)hahahaha...Sori aa Secret Recipe. Walaupun namamu registered trademark, tapi pinjamlah jap nak menyedapkan jalan cerita ni. Aku pun dgn ditemani Isma apa lagi pd Isnin tu pegilah kat chokit nak beli bahan2. skit je beli hari tu...Hari Khamis kemudiannya kami sekali lagi pegilah ke chokit tu utk membeli bahan2 mentah pulak...kalau beli awal2 kan bahannya dah tak segar. Dgn segala keringat yg ada angkutlah brg2 dengan tak hingat2 nya punyalah berat...Ya Rabbi...Yelah, bahan2 utk CKT aje dah sekian punya kg...belum masuk yg tolong belikan utk menu along lagi...Fullamak...berpeluh beb..tegang2 urat tgn dgn kaki. Nasib baiklah hari Khamis tu x puasa..psl nak pegi chokit punya pasal la tu. Selasa dan Rabu tu mmg puasa...tp chokit punya psl hari Khamis x jadilah puasa. Mana tak nya...duk terbayang plak mamak kat chokit tu jual cendol plak kat tepi jln tu..mana tahan...(sedapnya). Pastu ada plak akak tu jual air tebu kat tepi jln nak pegi parking keta 2...Adoiii...(dorg ni saja tau aku nak gi chokit tu)Ha, tak masuk lagi abg yg jual murtabak yg sedap plak kat jalan nak masuk pasar tu. Murtabak yg gebu dan tebal tu(RM2 je)

Time sembahyang Jumaat sempatlah aku tutup jap workshop tu...blk umah gi tolong2 apa yg patut dan sediakan bhn2 utk menu sedap kami tu la..Time tu la baru nak oder gas takut plak kang tgh sedap Isma tu duk goreng CKT abis plak gas(tak ke haru). Pastu teringat plak minyak nak goreng udang takde...Nanie!!over to you. Nasib baik Nanie nak pi Jusco ke Carrefour ke suka ati dialah...Pesan jelah suh dia belikan.

Balik ni nak pi amik kek yg Along dah tempah plak kat Baker's Cottage kat Desa Jaya tu...(4kg...boleh). Dah tu nak kena pick up Nanie somewhere xtau mana dia nak pi...kalau dia pi Jusco, pick up kat Jusco la..kalau dia pi Carrefour, pick up kat Carrefour la. Mmg nak kena rushing gila ptg2 Jumaat ni...Tutup pukul 6 ni pastu trus zooomm direct amik kek. What to say, jd AJK camnilah.

Apa-apa pun harap2 majlisnya berjalan lancar la...kalau hujan skit2 ok la lagi..Minta2 la jgn ujan lebat. Kang tak pasal2 melayang plak canopy kat dpn umah tu...huhuhu. Abg Sham dan Iwan dah ikat kuat2 kot canopy tu. Kalau terbang mesti canopy tu nyanyi lagu 'Bawaku Terbang'(Fabulous Cat) tu...

So...tengoklah kalau ada yg menarik untuk di postkan sok...kot2 la ada gambar yg meriah ke...bolehlah add kat sini nnt.