BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 26, 2011

Lama vs Baru

Bg sesetengah org bila ada yg baru yg lama dibuang atau disisihkan

Tidak kira la sama ada ianya suatu bnda atau apa saja
Tp bg aku tidak begitu
Apa saja yg aku ada akan kuhargai...insyaAllah
Setakat ni kalo ada apa2 benda akan kugunakan sehingga ke akhirnya
Begitu juga jika ianya adalah insan2 disekelilingku...
Belum pernah lagi aku berniat utk meminggirkan atau menyisihkan sesiapa dr dalam hidupku

LAMA
Sudah lama mengenali dan memahami
Sudah bermacam ragam dan tingkah laku ku ketahui
Sudah bermacam perit suka duka dilalui
Sudah menjaga sebaik yg mungkin
Sudah kucurahkan segala yg ku mampu hendaknya

BARU
Masih baru dikenali dan cuba memahami
Masih dalam proses menyayangi dan mengasihi
Masih dalam proses mengambil berat
Masih dalam proses menjaga
Segalanya masih baru...

Jadi bg ku tak mungkin aku akan meninggalkan yg lama hanya utk yg baru
Tak mungkin aku akan menyakiti yg lama demi yg baru
Tak mungkin aku akan mengenepikan yg lama untuk yg baru
Cuma aku memerlukan sedikit ruang utk mengetahui dan memahami yg baru
Tanpa perlu menyakiti dan menyisihkan yg lama
Pada aku kedua-duanya sama penting dlm hidupku
Seperti kata pepatah "Tiada yg lama maka tiadalah yg baru"

Jadinya padaku kebahagiaan itulah yg penting...
Tanpa perlu ada rasa curiga dan kecewa



Sunday, February 13, 2011

PENGORBANAN

Erti sebuah pengorbanan itu sgt luas

Ianya terpulang pd individu itu sendiri utk

mentafsirkan maksudnya


Kadang2 kita dgn rela hati berkorban

Kadang2 kita terpaksa berkorban

Semuanya terletak pd diri sendiri

Mahu pun org disekeliling


Pengorbanan itu bkn hanya pd harta benda

mahupun wang ringgit

tp juga nyawa

dan juga perasaan


Untuk mengorbankan harta benda mahupun wang ringgit

aku tidak mampu

untuk mengorbankan nyawa jauh sekali...

Tetapi untuk mengorbankan perasaan sendiri

Aku rela melakukannya jika ianya mampu

memuaskan atau menyenangkan hati banyak pihak

Selama ini pun aku telah melakukannya

dan akan melakukannya

mengikut kesesuaian keadaan

Terutama sekali bila ianya melibatkan org sekelilingku

Yang mana aku sayangi dan kasihi


Kadang2 ada juga memikirkan utk melarikan diri

dari segala masalah...

Tapi,

Memang mudah untuk melarikan diri dari penyelesaian

Tp selama manakah kita mampu menghadapinya...

Jika jalan yg kita pilih itu hanya sementara

Bagaimana dgn hari2 yg mendatang

Mampukah kita menanganinya???

Jadi seeloknya kita fikirkan dahulu

Jalan manakah yg sesuai sebelum pengorbanan itu dilakukan

Jangan kemudian kita menyesal di kemudian hari


Pengorbanan yg sejati

memerlukan semangat yg kuat

Jika kita tidak mampu

Berkemungkinan jiwa menjadi sengsara

Hidup menjadi susah

Fikiran tidak menentu


Setakat ini belum lagi sampai ke tahap itu

Aku masih berupaya utk mengawal diri

dan juga pemikiran

Dan mencuba sedaya yg boleh

utk tidak mengecewakan atau melukakan sesiapa

Ini bkn satu perjanjian

Tapi cuma sekadar peringatan pada diri sendiri

Agar tidak tersasar dr tujuan sebenar