BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 10, 2008

Happy Birthday!!!

Hari ni mmg hari yg istimewa..Sbbnya ada 2 org ahli keluargaku yg menyambut harijadi pd tarikh yg sama. Pada tanggal hari ni 10/10/08 genaplah usia mamaku yg ke 57...Wah!!Syukur dipanjangkan usia lagi. Pada hari ni jugakla birthday anak buahku yg mmg dikenali sebagai pak lawak or should i say 'mak lawak'...(yelah pompuankan). Nuryn Humayraa...Happy 2nd Birthday to u.


"Allah selamatkan kamu....

Allah selamatkan kamu...

Allah selamatkan Mama dan Adik...

Allah selamatkan kamu"...

(Versi melayu lah kan)

Sorilah hadiah lambat skit la...budget dah lari ke Hari Raya daa...

Disebabkan hari ni agak special skit...so along pun plan la nak menyambutnya dgn menjemput la beberapa kerat kawan2 nya (konon je tue) dan juga sedara mara yg ada. So, kami pun apa lagi mulalah plan mcm2 utk buat majlis jamuan makan2 yg ala2 kadar la...(ye ke??) Macam biasalah tugas ke pasar akulah tu yg kena bertanggungjawab...Xpe2...kerana aku dan Isma mmg dah plan nak menjamu tetamu dgn hidangan resepi rahsia kami...apa lagi kalau bukan CHAR KOAY TEOW(rahsia sgt...sampaikan Secret Recipe pun kalah)hahahaha...Sori aa Secret Recipe. Walaupun namamu registered trademark, tapi pinjamlah jap nak menyedapkan jalan cerita ni. Aku pun dgn ditemani Isma apa lagi pd Isnin tu pegilah kat chokit nak beli bahan2. skit je beli hari tu...Hari Khamis kemudiannya kami sekali lagi pegilah ke chokit tu utk membeli bahan2 mentah pulak...kalau beli awal2 kan bahannya dah tak segar. Dgn segala keringat yg ada angkutlah brg2 dengan tak hingat2 nya punyalah berat...Ya Rabbi...Yelah, bahan2 utk CKT aje dah sekian punya kg...belum masuk yg tolong belikan utk menu along lagi...Fullamak...berpeluh beb..tegang2 urat tgn dgn kaki. Nasib baiklah hari Khamis tu x puasa..psl nak pegi chokit punya pasal la tu. Selasa dan Rabu tu mmg puasa...tp chokit punya psl hari Khamis x jadilah puasa. Mana tak nya...duk terbayang plak mamak kat chokit tu jual cendol plak kat tepi jln tu..mana tahan...(sedapnya). Pastu ada plak akak tu jual air tebu kat tepi jln nak pegi parking keta 2...Adoiii...(dorg ni saja tau aku nak gi chokit tu)Ha, tak masuk lagi abg yg jual murtabak yg sedap plak kat jalan nak masuk pasar tu. Murtabak yg gebu dan tebal tu(RM2 je)

Time sembahyang Jumaat sempatlah aku tutup jap workshop tu...blk umah gi tolong2 apa yg patut dan sediakan bhn2 utk menu sedap kami tu la..Time tu la baru nak oder gas takut plak kang tgh sedap Isma tu duk goreng CKT abis plak gas(tak ke haru). Pastu teringat plak minyak nak goreng udang takde...Nanie!!over to you. Nasib baik Nanie nak pi Jusco ke Carrefour ke suka ati dialah...Pesan jelah suh dia belikan.

Balik ni nak pi amik kek yg Along dah tempah plak kat Baker's Cottage kat Desa Jaya tu...(4kg...boleh). Dah tu nak kena pick up Nanie somewhere xtau mana dia nak pi...kalau dia pi Jusco, pick up kat Jusco la..kalau dia pi Carrefour, pick up kat Carrefour la. Mmg nak kena rushing gila ptg2 Jumaat ni...Tutup pukul 6 ni pastu trus zooomm direct amik kek. What to say, jd AJK camnilah.

Apa-apa pun harap2 majlisnya berjalan lancar la...kalau hujan skit2 ok la lagi..Minta2 la jgn ujan lebat. Kang tak pasal2 melayang plak canopy kat dpn umah tu...huhuhu. Abg Sham dan Iwan dah ikat kuat2 kot canopy tu. Kalau terbang mesti canopy tu nyanyi lagu 'Bawaku Terbang'(Fabulous Cat) tu...

So...tengoklah kalau ada yg menarik untuk di postkan sok...kot2 la ada gambar yg meriah ke...bolehlah add kat sini nnt.



0 comments: