BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 24, 2011

Rasa Hatiku

Maafkan diriku kiranya menyakitimu
Maafkan diriku kiranya meraguimu
Maafkan diriku kiranya berkasar denganmu
Maafkan diriku kiranya tangisan buatmu
Maafkan diriku kiranya mengenepikanmu
Maafkan diriku kiranya tidak berlaku adil padamu

Tiada kata selain maaf pintaku
Tiada niat segala perbuatanku
Tiada ragu dalam pikiranku
Tiada sebab membuang jauh dirimu
Tiada punca hilangnya kepercayaanmu

Bukan mahu jadi begitu
Bukan mahu menidakkan itu
Bukan mahu membezakan yang mana satu
Bukan juga mahu mengecewakan hatimu
Bukan itu harapanku

Cuma pintaku percayalah padaku
Juga yakinlah pada diriku
Selagi mampu
Ku kan tetap di sampingmu
Menjaga dan melindungimu
Hanya itulah kekuatan buat dirimu
Selagi ku mengasihimu
Juga menyayangimu

Jauhkan anasir yang mengganggumu
Jauhkan perasaan yang membelenggumu
Dan yakinlah dengan perhatianku
Kerana ku tidak mampu menolak takdirku
Untuk mengasihi dan menyayangi selain dirimu
Kerana hatiku sangat utuh dan jitu
Tetapi ku tidak akan abaikanmu
Kerana itu tanggungjawabku
Selagi masa berlalu..........



Saturday, February 26, 2011

Lama vs Baru

Bg sesetengah org bila ada yg baru yg lama dibuang atau disisihkan

Tidak kira la sama ada ianya suatu bnda atau apa saja
Tp bg aku tidak begitu
Apa saja yg aku ada akan kuhargai...insyaAllah
Setakat ni kalo ada apa2 benda akan kugunakan sehingga ke akhirnya
Begitu juga jika ianya adalah insan2 disekelilingku...
Belum pernah lagi aku berniat utk meminggirkan atau menyisihkan sesiapa dr dalam hidupku

LAMA
Sudah lama mengenali dan memahami
Sudah bermacam ragam dan tingkah laku ku ketahui
Sudah bermacam perit suka duka dilalui
Sudah menjaga sebaik yg mungkin
Sudah kucurahkan segala yg ku mampu hendaknya

BARU
Masih baru dikenali dan cuba memahami
Masih dalam proses menyayangi dan mengasihi
Masih dalam proses mengambil berat
Masih dalam proses menjaga
Segalanya masih baru...

Jadi bg ku tak mungkin aku akan meninggalkan yg lama hanya utk yg baru
Tak mungkin aku akan menyakiti yg lama demi yg baru
Tak mungkin aku akan mengenepikan yg lama untuk yg baru
Cuma aku memerlukan sedikit ruang utk mengetahui dan memahami yg baru
Tanpa perlu menyakiti dan menyisihkan yg lama
Pada aku kedua-duanya sama penting dlm hidupku
Seperti kata pepatah "Tiada yg lama maka tiadalah yg baru"

Jadinya padaku kebahagiaan itulah yg penting...
Tanpa perlu ada rasa curiga dan kecewa



Sunday, February 13, 2011

PENGORBANAN

Erti sebuah pengorbanan itu sgt luas

Ianya terpulang pd individu itu sendiri utk

mentafsirkan maksudnya


Kadang2 kita dgn rela hati berkorban

Kadang2 kita terpaksa berkorban

Semuanya terletak pd diri sendiri

Mahu pun org disekeliling


Pengorbanan itu bkn hanya pd harta benda

mahupun wang ringgit

tp juga nyawa

dan juga perasaan


Untuk mengorbankan harta benda mahupun wang ringgit

aku tidak mampu

untuk mengorbankan nyawa jauh sekali...

Tetapi untuk mengorbankan perasaan sendiri

Aku rela melakukannya jika ianya mampu

memuaskan atau menyenangkan hati banyak pihak

Selama ini pun aku telah melakukannya

dan akan melakukannya

mengikut kesesuaian keadaan

Terutama sekali bila ianya melibatkan org sekelilingku

Yang mana aku sayangi dan kasihi


Kadang2 ada juga memikirkan utk melarikan diri

dari segala masalah...

Tapi,

Memang mudah untuk melarikan diri dari penyelesaian

Tp selama manakah kita mampu menghadapinya...

Jika jalan yg kita pilih itu hanya sementara

Bagaimana dgn hari2 yg mendatang

Mampukah kita menanganinya???

Jadi seeloknya kita fikirkan dahulu

Jalan manakah yg sesuai sebelum pengorbanan itu dilakukan

Jangan kemudian kita menyesal di kemudian hari


Pengorbanan yg sejati

memerlukan semangat yg kuat

Jika kita tidak mampu

Berkemungkinan jiwa menjadi sengsara

Hidup menjadi susah

Fikiran tidak menentu


Setakat ini belum lagi sampai ke tahap itu

Aku masih berupaya utk mengawal diri

dan juga pemikiran

Dan mencuba sedaya yg boleh

utk tidak mengecewakan atau melukakan sesiapa

Ini bkn satu perjanjian

Tapi cuma sekadar peringatan pada diri sendiri

Agar tidak tersasar dr tujuan sebenar





Wednesday, October 20, 2010

MENGAPA ??

Mengapa??

Ini yg aku tanya dlm diri

Mengapa??
Berbagai2 persoalan yg ada

Mengapa??
Sgt berbeza dulu dan kini

Mengapa??
Sgt mudah terasa

Mengapa??
Tidak menyedarinya

Mengapa??
Perlu menahan dlm hati segala perasaan

Mengapa??
Kini...

Mengapa??
Bosankah...apakah...

Mengapa??
Mengapa??
Mengapa??

Tiada jawapannya....

Wednesday, October 6, 2010

SUATU MASA

Kadang2 kita pernah terasa yg kita tidak diperlukan

kadang2 kita terasa yg kita sgt diperlukan
kadang2 kita kecewa
kadang kita gembira
kadang2 kita bosan dgn apa yg kita hadapi
tp ini semua hanyalah lumrah kehidupan
dimana selagi kita hidup situasi2 begini mmg akan dilalui
cuma yg membezakan hanyalah bagaimana kita menanganinya

Aku sendiri selalu tersasar dari landasan normal
tp masih di bwh pemikiran yg rasional
pernah juga rasa nak berputus asa
pernah juga rasa nak mengecewakan
pernah juga rasa nak abaikan
tp kenapa tidak aku lakukan semuanya itu
itulah juga yg bermain di benak fikiran aku ni
kalo diikutkan hati mmg segala yg negatif akan kita lakukan
tp jika diikutkan iman dlm hati insyaAllah kita mampu mengawalnya

Kebelakangan ini mmg jiwa ku agak kacau
hati ku juga dilanda kegundahan
tp selagi ku mampu menahannya dan mampu bersabar
akan ku lakukan jua
tp entah agaknya sampai bila
siapa yg mampu mengetahuinya
kita hanya mampu mengawalnya
dan masa yg akan menentukannya

Tuesday, October 5, 2010

L!FE

Life is an opportunity, benefit from it.
Life is beauty, admire it.
Life is bliss, taste it.
Life is a dream, realize it.
Life is a challenge, meet it.
Life is a duty, complete it.
Life is a game, play it.
Life is a promise, fulfill it.
Life is sorrow, overcome it.
Life is a song, sing it.
Life is a struggle, accept it.
Life is a tragedy, confront it.
Life is an adventure, dare it.
Life is luck, make it.
Life is too precious, do not destroy it.

Life is life, fight for it.

Monday, September 27, 2010

Sekadar Luahan

Jangan tinggalkan orang yang kita SAYANG
untuk orang yang kita suka,
kerana orang yang kita SUKA
akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang...
Jangan cuba dapatkan apa yang kita sayang
tapi SAYANGILH dengan apa yang kita ada !!

Hidup tak perlu terlalu sempurna,
tak perlu terlalu kaya,
tak perlu terlalu terkenal,
tetapi selagi masih ada INSAN yang mengingati,
ia sudah lebih dari mencukupi.

Persahabatan yang sejati akan membawa KERINDUAN yang abadi.
Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan,
tanpa persahabatan PERCINTAAN akan berakhir
tetapi tanpa percintaan PERSAHABATAN boleh kekal.

Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin..
SELALUNYA kita tdk menyedari bahawa ada insan yg lebih MENCINTAI diri kita.

Dunia ini tidak selalunya indah,
itulah sebuah hakikat di dalam kehidupan ini.
Ada kalanya kita berada di dalam kesenangan,
ada masanya pula kita akan berasa kesusahan.
Yang lebih menyedihkan lagi, kesenangan itu hanyalah dirasa dalam masa yang singkat sahaja
dan kesusahan dirasa dalam masa yang agak lama.

Setiap insan di muka bumi pasti ingin disayangi dan dihargai,
begitu juga untuk menyayangi dan menghargai.
Tetapi sudah menjadi lumrah kehidupan apabila kita disayangi,
kita lupa untuk menghargainya buat masa yang panjang ataupun buat selama-lamanya.
Bila sudah disayangi, kita berasa senang dan gembira selalu apabila hidup kita diambil berat oleh orang lain.
Tetapi benar-benarkah kita menghargainya?

Hargailah insan yang menyayangimu walaupun dia bukan insan yang kamu pilih untuk disayangi,
kerana dia juga mempunyai hati dan perasaan untuk dihargai.
Walaupun tidak setinggi gunung penghargaan yang kamu beri,
cukuplah sekadar menjaga hati dan perasaannya.
Sesungguhnya ia lebih bermakna daripada wang ringgit.

Kehidupan ini hanyalah sementara,
setiap yang hidup pasti akan berakhir jua.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Itulah ungkapan yang sering kita dengar,
tetapi adakah kita benar-benar menghayatinya?
Kita tidak pernah sedar akan hakikat itu,
tetapi bersyukurlah jika kita diberi ingatan yang kukuh mengenainya.

Kasih sayang seseorang bukan barang atau objek untuk dimainkan,
tetapi ianya adalah satu kurniaan tuhan yang perlu kita hargai dan hormati.
Tetapi bukanlah kita perlu berlaku hipokrit, atau berlakon semata-mata untuk menghargai seseorang.
Hargailah dan hormatilah dia dengan seikhlas hati kamu.
Jangan sesekali menyakiti hatinya, kerana sudah pasti dia rasa tidak dihargai.

Ingatlah selalu bahawa kehidupan ini tidak selalunya mudah untuk kita lalui,
tambahan pula dalam membina sebuah perhubungan.
Antara dua insan pasti ada yang ketiganya, hargailah dan hormatilah insan yang menyayangimu sentiasa.
Jangan sesekali melukakan hatinya, kerana dia insan yang patut kamu hargai.

Entri ini adalah sekadar bingkisan sebuah hati daripada seorang insan yang ingin rasa disayangi dan dihargai

Sesunguhnya insan ini amat menyayangi dirimu.