BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 3, 2009

Mel & Iman in my Memories

Sekian lama tak ku update blog ku...masa yg tak mengizinkan ditambah plak kemalasan dan kehilangan idea ku. Tp di kali ini ingin ku kongsi kesedihan ku kerana kehilangan 2 ekor kucing ku. Dan kedua2nya adalah kucing jantanku..Mmg aku sgt sedih dan terasa kehilangan mereka terutama skali Mel.

IMAN>>>baru berusia setahun lbh je. Aku tak lah selalu belek atau usap dia sgt. Tp kehilangannya mmg buat aku terasa sbb dia sgt baik. Tak penah buat aku marah dan buat perangai yg tak elok. Dan dia adalah anak yg sgt baik dan menjaga ibunya serta adik2 nya sehingga mengorbankan nyawanya sendiri..

Beberapa hari sblm kejadian...

MEL>>>berusia 2 thn lebih. Walaupun Mel ni dibeli oleh Mama tp sebab dari kecik kami bela maka aku sgt sayangkan dia. Teringat aku masa mula2 Mama bawa blk di ke rumah..Aku pantas menjenguk dan dukung kucing yg baru di bawa Mama blk ke rumah itu. Dgn mukanya yg innocent dan malu2 itu..Skrg dah besar gaban...

Beberapa bulan sblm kejadian...

Biasanya tiap pagi sblm kuar niaga mesti aku sapa Mel dulu kalo pun aku tak sempat usap dia. Dialog aku tiap pagi pada Mel..."Hi Mel!! ataupun "Bye Mel". tp skrg xde lagi dialog itu utk ku ucapkan pada Mel..sungguh aku merinduinya dan masih lagi sebak hati aku ni(walaupun pada masa aku tgh taip ni). Apa aje yg berkaitan dgn Mel akan buat aku sebak dan bergenang mata...mungkin akan ambil masa agak lama utk aku melupakannya.

Tragedi yg berlaku pada tgh hari 31 mei 09 itu mungkin akan selalu ku ingat dan kenang sampai bila2.

Aku perlu segera minta Mama carikan pengganti supaya tidaklah aku teringat2 sgt...

Thursday, April 16, 2009

Leisure Day kekononnya

Asal hari Khamis je ku update blog...Asal aku update blog je hari Khamis. Huhuhu...camtulah hidupku yang tak ketentuan masa dan mood. Bila ada masa takde mood plak. Bila ada mood takde plak masanya nak update...dan akhirnya camtu jelah blog ku ni. Adakah ku yg patut dikasihani @ blog ini??

Tp sememangnya Khamis je yg aku free dan ada masa lebih skit pun...So bila ada masa free lebih pun ada je gak aktiviti @ perkara yg nak dibuat. hari ni kena gi TM Point settlekan psl line tepon opis dulu...dah sebulan gi terminate ada ke patut dorg tak terminate2 lagi line tu. Kalo ada caj penggunaan kitorg la yg ssh nnt..Gi blk kat TM Titiwangsa tu settlekan prob. Staf TM tu sendiri yg kata dorg tak buat keje...so jgn salahkan customer ekk. Kalo aa apa2 hal berkaitan
tepon @ streamyx tak payahlah gi kat TM Point Titiwangsa tu...Buat keje masyaAllah lembab dan tak sistematik dan yg terbaru ni tak buat keje langsung. Yg heran tu streamyx bole plak dorg terminatekan...Isma siap cakap kat staf TM tu dia nak bom TM tu kalo tak settle gak lagi...hahaha...NGERI ku rasa. Kang tak pasal2 ada kes Altantunya Series 2 plak

Dah settle urusan kat sana tanpa berlengah kami terus ke Low Yat plak...nak kena gi survey dan cari price utk notebook dan desktop PC. Ada yg minta quotation..Sambil2 tu survey gak utk notebook yg Farah minta ku carikan. Sampai2 sana lunch dulu sbb dah lapar tahap MERAH. Mau taknya dah kul 2 lbh pun...semuanya gara2 jalan yg tah apahalnya begitu jammed skali hari ni. Sedangkan urusannya takde la lama mana pun. KatLow Yat tupun around 2 jam lbh gakla. Dkt kul 5 dah siap nak blk pasal malas nak meredah jammed yg kesekian kalinya plak. Maklumlah time abis opis hour. Tu pun jalan dah agak jammed gak...tp kurang skit berbanding kalau kami terlewat dlm 5 minit lagi.

Oklah skrg pun dah mlm ni...time 4 me 2 sleep da. Sok nak kena bgn memulakan perniagaan lagi as usual...Till then chowww

Thursday, April 9, 2009

BacK 4 G00D

Bila kurasakan keyboard ku sudah mula berhabuk2 akan ku segera mengupdatekan blogku ini...sian ko blog...

Hari ni akhirnya Ibuk (iaitu bekas maid alongku) yg duk kat sini dlm 2 bln akhirnya sudah berangkat pulang dgn AirAsia pada penerbangan jam 3:35pm td ke Palembang. mmg inilah hari2 yg ditunggu2 agaknya oleh seisi umah aku ni...kekekeke. Sikapnya mmg semakin melampau sejak kebelakangan ni. Sepatutnya dia tu dijadualkan pulang bln dpn tp disebabkan Mama dah tak tahan disuruhnya Baba tukarkan je tiket flightnya blk cepat. Tiket yg sblm ni dah dibeli burn camtu jelah...tp tak kisah punya janji Ibuk itu segera pulang ke tanah negaranya.

Sejak duk kat sini makin lama semakin menunjukkan plak sikap Mem Besar kat umah...ada ke patut Baba amik dia dari Along utk tolong keje2 Mama kat umah. Mula2 oklah tp lama2 tunjuk plak besar kepalanya bila Mama suh tolong buat keje...Apa dia ingat org byr dia gaji buta ke??Mama aku tu bknlah sihat sgt...sbb tulah di amik dia kerja utk membantu. Alih2 dia plak nak jadi Mem...Sampai Mama menggelarnya Madam la kat kitorg.

Yg paling aku menyirap bila dgr kisah time dia duk kat umah Along aku kat Batu Pahat utk menjaga anak2 Along. Ada ke ptt dibiarkan anak buah aku kat luar umah duk terpanggil2 dia banyak kali time blk dari Tadika. Van dah anta dpn umah siap hon...pastu terpanggil2 la budak tu. Sampaikan jiran cina sblh umah kuar tolong panggilkan pun tak dengar. Dahlah zaman skrg ni mcm2 kes budak2. Kisah ni pun jiran cina tu yg cite kat Along aku...pastu aku tanya sendiri kat anak buah aku. Dia pun cite benda yg sama...Anak buah aku cite lagi yg kadang2 dia kuar bawa si adik gi petik buah ceri tinggalkan yg kakak ni sorg2 kat umah...Apa punya org la ni??Akal ada tp tak digunakan. Mmg patutlah pun majikan cina mmg tak bg muka lgsg kat maid2 indon ni...kalo di bg muka mmg naik lemak sgt2. Menyirap sgt aku lps dgr kisah tu...tgk plak perangai dia time duk kat umah aku beberapa bln ni. Start tu aku mmg tak bg muka kat dia dah...lgsg2 aku tak layan bila dah mcm2 kerenahnya.

Aku mmg sgt2 lega bila dia blk dah...Takdelah mama aku skt ati dgn dia. Biarlah takde org tolong dia kat umah ke apa...Aku blk niaga boleh tolong apa2 yg ptt. Along aku pun sampai dah serik nak ada maid kat umah. Tu kisah yg kitorg tau...dan aku pasti mesti ada banyak lagi kisah sepanjang dia berkhidmat dgn kakak aku setahun lebih kat Batu Pahat.

Thursday, March 26, 2009

KHAMIS Ku Yg Di Nanti

KHAMIS....

Apa bezanya dgn hari2 yg lain....
Kalau nak diikutkan sama je dgn hari2 yg lain
Tp bg aku hari KHAMIS lah harinya yg plg berharga buatku....kerana harimu begitu berharga
Mana taknya
Dalam hari2 yg ada dlm seminggu tu
Cuma pada hari KHAMIS sahajalah harinya aku dpt berehat sikit
MMg sikit je...x banyak mana pun nak diikiutkan
Tp dah cukup berharga bg aku tu
Walaupun pg ttp gak niaga cam biasa
Tp ptgnya tu adalah off day bg kami
So time tulah nak buat mcm2 benda
Nak tgk TV ke....Nak tido puas2 ke....Nak jln2 ke
Suka hati kamilah nak buat apa pun hari tu
Tp problemnya masa ni sungguh cepat sgt berlalu
Tau2 je dah mlm......
Tp tak pe, janji ku dpt REST
Dan yg plg penting hati gumbira....lalalala
Bila gumbira ku pun rajinlah mengupdate blog ku ini
Tp itupun ku lihat gak pada tahap kerajinanku utk update
Ku ini mmglah kdg2 agak malas nak update
Sbb tu Cik Isma suka sound blog aku yg tak berupdate
Sampai bosan dah dia lihat topik yg sama je berbulan2...hahaha
Nasiblah...sapa suh follow blog ku ini...hahahaha(gelak jahat)
Ampunlah pada yg mem'follow' blogku
Kerana sudah agak lama ku peramkan ia
Saja nak kasi sweet n sour skit
Wokeh....ku rasa sampai di sini sajalah dulu utk kali ini
Jika ku rajin adalah topik2 yg baru nnt

ADIOSSS

Wednesday, March 25, 2009

Akibatnya....

Setelah sekian lama ku tidak menjenguk ke blog ku ini....terasa rindu plak utk merapu..hahaha. sehingga berhabuk2 la segalanya dari monitor ke keyboard. Dan kalau boleh blogku ini juga mampu berhabuk agaknya...cuma blog ini bernasib baik sbb berada di alam siber. Belum apa2 ku sudah merapu...di siang hari yg lagi pns terik plak tu. Sambil kurasakan peluh2 yg cuba utk merembeskan dirinya keluar melalui liang2 romaku. Lagipun aku nak exercisekan skit anggota2 badan dan otak ku ini utk kembali aktif setelah beberapa hari terlantar.

Yg sebetulnya aku ni baru je baik dan pulih dari demam sengal satu bdn yg tah dr mana dtgnya...sehingga membuatkan aku tumbang 2 hari gaklah. Dan inilah pertama kalinya sejak buka gerai ni aku kena demam yg sgt serius seperti ini yg aku tau tiap kali meniaga ni mesti demam camni punya...Demam yg tetiba melanda ditambah plak sakit2 sendi yg melanda telah menyebabkan aku mengesyaki diri aku sendiri dijangkiti DEMAM CHIKUGUNYA....apakah benar???Lalu dgn segala kepayahan dan kudrat ku gagahkan jua ke klinik utk mendapatkan rawatan. Tp bknlah pegi sorgpun...mana mampu. Dgn ditemani Cik Isma yg telah memaksaku pegi mendapatkan rawatan juga...huhuhu. Dlm sikit punya byk klinik yg ada...kat nun di Sentul jua dia mau bawakkan. Kuturuti jelah sbb tgh sakit dan tak laratkan...kalo larat mau aku dah bebel kat dia...konpem dia tak tahan punya nak dgr...hehehe

Pegi check kat klinik tu dptlah segala jenis ubat yg ptt...bila blk tu aku pun tanyalah
AKU : brp RM gi klinik td?
ISMA: RM15 je
AKU :
RM15???@$#
ISMA: Aah...
AKU : Biar betul.....
ISMA: Betul...
Turun sekejap suhu badan dgr total gi klinik tu...mana ada lagi klinik nak bg murah camtu. Dgn antibiotik, ubat demam, ubat muntah dan tahan skt. 4 jns ubat tu...Last skali aku gi klinik kat kepong ni pun sbb demam gaklah RM30 gaklah aku kena. Adakah klinik sentul yg murah @ kepong yg mahal ataupun harga ubatnya yg berbeza2 atau adakah sebab2 yg lain. Malas la aku nak pikir...LU PIKIRLAH SENDIRI

Apa2 pun tak kisahlah...yg pntg aku sudah semakin sihat dan akan kembali aktif menjalankan perniagaan....Mudah2 an lps ni dijauhkanlah dr sebarang penyakit. AMIN....

Thursday, January 29, 2009

SIBUK!!!

Sibuk sungguh bangun pagi

Sibuk sungguh berkejar ke tempat berniaga

Sibuk memunggah barang2 dan bahan2 meniaga

Sibuk menyiapkan apa2 yg patut

Sibuk sekali melayan dan menyiapkan pesanan customer

Sibuk kembali untuk membasuh segaa yg patut

Sibuk lagi sekali nak mengemas kembali

Sibuk nak balik umah plak

Sibuk nak ke bengkel lagi

Sibuk nak melelapkan mata

Sibuk berkejar nak balik umah plak petangnya

Sibuk nak ke gerai meniaga kembali

Sibuk memunggah lagi barang2 dan bahan2

Sibuk meniaga lagi

Sibuk kembali mengemas2 apa yg perlu

Sibuk ke pasar plak tgh2 mlmnya

Sibuk pulang ke umah

Sibuk mengira hasil2 untuk hari itu

Sibuk mengerjakan solat yg tidak sempat dilakukan pada waktunya

Sibuk plak untuk melelapkan mata dan merehatkan badan........



Begitulah rutin harianku skrg ini

Tp inilah jalan yg telah ku pilih

Dan kesibukan inilah yg membahagiakan hatiku

Walaupun kurasakan 24 jam sehari tu mmg tak cukup

Skrg baru aku tau perasaannya bila 24 jam itu tak cukup

Nak aje rasanya menambah sendiri jam di dalam sehari tu

Tp...apakan daya

Allah Maha Berkuasa

Keletihan dan kesibukan itu mmg melampau

Tp inilah namanya REZEKI


TIME is not ENOUGH

Monday, January 5, 2009

END OF 2008

Nampaknya penghujung thn 2008 ni kurang baik dalam family ku...Lps sorg2 sorg dijangkiti virus yg tidak diketahui punca dan asal usulnya. Bermula dgn humayraa...drpd cirit birit dia muntah2 plak. Akhirnya muntah yg last skali tu mmg byk gila...so terpaksa anta hospital selayang. Kena thn gaklah utk beberapa jam kat wad utk masuk air. Keesokannya plak, kakaknya plak si Qistina terpaksa di anta ke KBMC sbb muntah2 yg banyak dan kerap. Kalo dah masuk private hospital tu tau jelah...konpem kena thn punyalah....So 4 hari jugaklah kena thn kat wad. Berjangkit plak kat Umynya iaiti Alongku...Wah!!mmg penyakit berjangkit nih..Pd pandangan akulah yg tak bertauliah dlm bidang kedoktoran ni...hehehe

Ingatkan sampai di situ jelah...rupa2nya kat umah plak, Mama juga dijangkiti sakit yg serupa dan membawa pd Baba plak. Keesokannya aku dgn mak cik plak yg kena simptom yg sama...Siap dgn demam lagi aku ni. Nasib baiklah cuma sehari je...tp tupun dah buat aku terlantar seharian suntuk. Yg tinggal skrg cumalah selsema dan batuk je lagi. Mmg pengakhiran tahun 2008 membawa penyakit pada aku sekeluarga...Mudah2 an tahun 2009 membawa kesihatan yg baik dah rezeki yg baik...InsyaAllah