BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 24, 2011

Rasa Hatiku

Maafkan diriku kiranya menyakitimu
Maafkan diriku kiranya meraguimu
Maafkan diriku kiranya berkasar denganmu
Maafkan diriku kiranya tangisan buatmu
Maafkan diriku kiranya mengenepikanmu
Maafkan diriku kiranya tidak berlaku adil padamu

Tiada kata selain maaf pintaku
Tiada niat segala perbuatanku
Tiada ragu dalam pikiranku
Tiada sebab membuang jauh dirimu
Tiada punca hilangnya kepercayaanmu

Bukan mahu jadi begitu
Bukan mahu menidakkan itu
Bukan mahu membezakan yang mana satu
Bukan juga mahu mengecewakan hatimu
Bukan itu harapanku

Cuma pintaku percayalah padaku
Juga yakinlah pada diriku
Selagi mampu
Ku kan tetap di sampingmu
Menjaga dan melindungimu
Hanya itulah kekuatan buat dirimu
Selagi ku mengasihimu
Juga menyayangimu

Jauhkan anasir yang mengganggumu
Jauhkan perasaan yang membelenggumu
Dan yakinlah dengan perhatianku
Kerana ku tidak mampu menolak takdirku
Untuk mengasihi dan menyayangi selain dirimu
Kerana hatiku sangat utuh dan jitu
Tetapi ku tidak akan abaikanmu
Kerana itu tanggungjawabku
Selagi masa berlalu..........



0 comments: