BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 24, 2008

Blank!!!

title aku 2 blank pasalnya aku mmg tgh blank pun psl nak cari worker ni...adoi!!!macam2 je problem yg muncul..(sapa2 yg nak buat biz 2 pikir byk kali la ye)

Nak dijadikan cerita(ala,bknlah drama pun)mekanik aku yg sorg tu mmg menguji kesabaran aku dgn isma sungguh.Mcm la perangai yg dibuatnya kitorg ni sabar je lagi..cukup time kitorg punya sabar pun akhirnya hilang@menghilangkan diri, kitorg pun mengambil tindakan yg drastik dgn menamatkan perkhidmatannya(bkn tamat riwayat tau)kat workshop kitorg ni..Huh!!akhirnya dgn keberanian yg ada dlm hati kitorg ni berjayalah memecatnya..
Bila mekanik yg sorg 2 dah dipecat, maka bermulalah sesi mencari mekanik yg baru plak...Hmm..bknnya senang beb nak cari pekerja ni.Tmbh plak yg memerlukan seseorang tu ada kemahiran.Kita bknnya boleh main hentam je nak pilih org.Bila dah advertise nak cari mekanik adalah beberapa kerat org yg telefon bertanyakan hal keje(bkn tanya khabar pun).Bila dah call tu kitorg pun suggest la dorg ni dtg utk di 'interview'..Maka berjalanlah sesi interview tu. Bla...bla..bla sikit2 utk cari org yg sesuai. Bila dah dpt yg sesuai, dah buat hal plak..tu belum masuk keje lg dah buat hal...kalau dah keje xtau la camna...nasib baik gaklah. so,terpaksalah advertise lg dan sesi interview lg...Maka dgn ini adalah seminggu jugak workshop ni takde mekaniknya...aiii...sewa dan bil2 nak kena bayar gak ni.Pening2...
Kalau la keja2 nak repair kereta org ni sesenang nak masak air...dah lama aku buat sendiri je. Tp bila memikirkan yg kereta ni bak nyawa org la jugak...tuan empunya kereta nak menggunakan keretanya utk pelbagai tujuan. Maka keretanya perlulah berkhidmat sebaik mungkin pada tuannya. So, tak bolehlah aku nak sesuka hati dan sesedap tembikai je nak repair kereta org tanpa kemahiran..ini bukannya cobaan...ini realitinya.

Ha..dari satu dugaan ke satu dugaan yg perlu dihadapi..nak buat camna. Inilah dugaan dan cabarannya kalau nak berniaga ni..bknnya kita berniaga ni terus je menuju ke puncak(menuju puncak gemilang cahaya..)kan dah selit lagu AF plak..semuanya nak kena mula dari bawah dan step by step la omputih kata..mcm kita bila baru dilahirkan la..kan ke kita step by step. Takdenya kita lahir terus melompat keluar lalu berjalan sendiri...(mau terkejut doktor dan nurse)boleh la plak masuk Guiness Book of Records...tak pun Ripley's Believe it Or Not.
Dah mula merapu dah ni...macam tu lah kisahnya untuk kali ni..lain kali ada story lagi aku post lagi la kat sini ye

0 comments: