BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 28, 2008

BirthDay Sape??

Smlm bersamaan dgn 27hb Nov 2008 adalah birthday Kak Nora yg ke _ _?? Walaupun kitorg ni baru je berkenalan dgn Kak Nora ni tp rasanya mcm dah lama sgt je kenalnya...kamcengnya mcmlah slalu hang out sesama..kalo hang out pun bila dia rajin dtg berkunjung ke bengkel ni sambil membawa makanan yg tak hingat2 punya banyak...Asal Kak Nora dtg je konpem perut kitorg ni menjadi ketat lagi sendat...huhuhu. Apa2 pun terima kasih bebanyak la Kak Nora kerana sentiasa sudi membelanja adik2 di bengkel ini...sampai naik segan dah kitorg dgn dia ni. Kalo main boling pun dia jugak nak belanja...tah bilanya kitorg punya turn nak belanja dia pun tak taulah. Mudah2an Kak Nora ni dimurahkan sentiasa rezekinya...AMIN
Disebabkan dia suka sgt memenuhkan perut kitorg...so bila besday dia kitorg pun dgn rancangan yg ala2 jahat skit la, telah menipu dia dipagi2 hari..KAKAKAKA. Nak buat camnakan...kalo tak nnt dia gak nak beli. So terpaksalah tipu sunat org kata. HEHEHE...dan dia pun percaya. Ala...kitorg ni tipu dia kata dah beli kek je pun..kek utk besday dia. Padahal mana ada beli pun lagi...mana plak ada kedai kek yg buka pagi2 tu...
Dalam tengahari yg agak2 panas tu kitorg pun bergerak menuju ke kedai kek. Dan destinasinya adalah kat Sri Gombak. Skali salah kedai kek daa...rupanya kedai kek tu kat Taman Sri Gombak. Nak cari Baker's Cottage punya pasal jugak, gi la plak kat Taman sri Gombak tu. Bila dah jumpa kedai kek tu tanpa berlengah kami pun pilih dan amik je kek mana yg berkenan di tekak...hmmm...betullah kan??dan mata...(nnt mata kecik ati plak). Dah siap bayar semua kami pun baliklah kat workshop blk...tunggulah time Kak Nora tu nak dtg.

"Ni lah rupa kek nya"

Dan biasalah...time dia dtg mestinya selepas kul 3PM...Ya Allah mmg lapar tak hingat2 dah la time ni. Rupanya dia siap boleh blk umah dia masakkan utk kitorg. Terharunya rasa...HIKHIKHIK. Besday sapa ni??? Menunya adalah laksa pantai timur. Aku bknnya penah makan pun laksa tu. 1st time ni nak cuba...rupanya rasanya not bad at all. Sedap plak sehingga aku tambah 2x...HAHAHA. Dan cam biasalah dgn menu2 lain lagi yg dia beli...Kan dah kata td kalo Kak Nora dtg konpem perut kitorg sendat lagi ketat. Camtu jugaklah yg terjadi smlm...Apa2 pun terima kasih bebanyak Kak Nora kerana sudi masak dan belanja kitorg mkn...

"Laksa Pantai Timur"

"The Birthday Girl"

Wah!!!Makan Tak Tunggu...

0 comments: