BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 18, 2008

Finally....

Finally....

Ramai yg bertanya pada aku apakah maksudnya finally tu...Ada sesetengah org je yg aku berterus terang apakah maksudnya. Setengahnya lagi masih samar2 je apakah maksudnya.

Finally tu bererti akhirnya...hehe. Macamlah org tak tau plakkan. Cuma pada aku ianya memberi kesan yg hebat dan tentu sekali menggembirakan diri ini.

Setelah sebulan memohon utk mendapatkan gerai MPS...akhirnya pada akhir Nov lalu MPS meeting. Dan setelah menanti sebulan, aku pun call la dorg nak tau keputusannya. Tp jwpn yg diberi..."Tunggu kami call"...Dah 2x aku try call tp jawapannya sama camtu gaklah. Takpe...aku sabar lagi menunggu. Beberapa org dikeliling aku yg tau kami memohon gerai tu asik bertanya "Camna gerai tu...dah dpt ke??" Dan jawapan kami pun masih tetap sama...iaitu sama jelah cam jawapan org MPS tu bgtau.

Akhirnya setelah 2 minggu meeting MPS tu...tahap menunggu mcm dah sampai ke penghujung. Bkn apa...nak gak tau apa keputusannya. So takdelah kami terharap2 dan termimpi2. Aku pun call blk lah MPS tu pada hari Isnin yg lalu bersamaan 15/12/08 pada pukul 10:33 pg. Bila aku tanya masih lagi jawapan yg diberikan sama...Tp aku nak gak tau lbh lanjut. So aku tanya lagi "saya nak tau permohonan saya berjaya tak?"...dan pegawai tu pun bgtau la kat aku permohonan aku mmg berjaya tp kena tunggu dorg call balik utk siapkan segala dokumen. ALHAMDULILLAH...mmg aku tersangatlah gembiranya pada hari itu. Telah dikabulkan doa kami agar permohonan itu berjaya. Dgn hati yg gumbira aku dgn senang hati sanggup menunggu bilakah harinya MPS nak call blk utk amik dokumen2 tu.

Dan tanpa disangka2 keesokan harinya pada hari Selasa bersamaan 16/12/08 pada pukul 3:39 ptg, pegawai tu terus call aku bgtau yg aku boleh dtg ke pejabat MPS utk amik surat tawaran berkenaan gerai yg hendak disewa tu. Hari yg kedua utk kegembiraan aku...Akhirnya usaha kami utk mendapatkan gerai tu berhasil...sekarang kami cuma perlu membayar segala jenis deposit dan tunggu utk menandatangani perjanjian sblm kunci dpt diserahkan. Alangkah bahagianya rasanya...Tunggu sahajalah harinya itu.



Surat yg aku dpt...


Surat Tawaran yg diberi

1 comments:

aza azita amru said...

oww, inilah kisah disebalik FINALLY tu...anyway, GO GIRL..

noted: erk..i'm d first commenter (rite spell ke)