BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 16, 2008

New Mayor in Town

Bermula 15 Dis 08, Kuala Lumpur telah mendapat Datuk Bandar KL yang baru. Datuk Ahmad Fuad Ismail telah menggantikan Datuk Ab Hakim Borhan yang telah tamat perkhidmatannya.

PETIKAN BERITA HARIAN SABTU 13 DIS 2008

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ahmad Fuad Ismail dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang kesembilan berkuat kuasa esok untuk tempoh dua tahun sehingga 31 Disember 2010.

Ahmad Fuad, 55, menggantikan Datuk Ab Hakim Borhan yang tamat tempoh perkhidmatannya hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam kenyataannya semalam, berkata pelantikan Ahmad Fuad berdasarkan Seksyen 4(2) dan 4(3) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (Akta 190) dan selepas diperkenankan Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Beliau yakin Ahmad Fuad dapat memimpin Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai organisasi yang lebih responsif, prihatin, cekap dan mesra rakyat sejajar hasrat kerajaan meningkatkan kecekapan pentadbiran dan sistem penyampaian perkhidmatan serta menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia.

Ahmad Fuad mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran kerajaan tempatan dan pembangunan sumber manusia sepanjang 32 tahun perkhidmatannya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) sejak 9 Oktober 1976.

Ini termasuk Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sejak Januari 2006, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) selama tujuh tahun serta Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) hampir tiga tahun.

Ahmad Fuad adalah Yang Dipertua MPSJ pertama apabila Majlis Daerah Petaling dinaikkan taraf sebagai perbandaran pada 1997.

Beliau yang berasal dari Bandar Bharu, Kedah mempunyai Sarjana Pentadbiran (Perhubungan Antarabangsa) dari Universiti Denver, Amerika Syarikat serta Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah dari Universiti Malaya.

Selain itu, Mohd Sidek mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Ab Hakim kerana sumbangan dan khidmat baktinya sepanjang dua tahun perkhidmatannya.


Aku agak berbangga jugaklah dgn pencapaian Pak Lang aku ni setakat ni...Mmg pada aku dia layak memegang jawatan ini setelah bermacam2 tanggungjawab yg dipegangnya sblm ini dalam kementerian dan yg sebagainya.

Aku dapat tau pun setelah dia call mama aku utk mengkhabarkan berita perlantikannya itu pada mama ku..
Lastly, semoga berjaya dgn cemerlang lah mentadbir Kuala Lumpur ni supaya menjadi bandaraya yg lebih baik dan sejajar.

0 comments: