BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 18, 2008

Finally....

Finally....

Ramai yg bertanya pada aku apakah maksudnya finally tu...Ada sesetengah org je yg aku berterus terang apakah maksudnya. Setengahnya lagi masih samar2 je apakah maksudnya.

Finally tu bererti akhirnya...hehe. Macamlah org tak tau plakkan. Cuma pada aku ianya memberi kesan yg hebat dan tentu sekali menggembirakan diri ini.

Setelah sebulan memohon utk mendapatkan gerai MPS...akhirnya pada akhir Nov lalu MPS meeting. Dan setelah menanti sebulan, aku pun call la dorg nak tau keputusannya. Tp jwpn yg diberi..."Tunggu kami call"...Dah 2x aku try call tp jawapannya sama camtu gaklah. Takpe...aku sabar lagi menunggu. Beberapa org dikeliling aku yg tau kami memohon gerai tu asik bertanya "Camna gerai tu...dah dpt ke??" Dan jawapan kami pun masih tetap sama...iaitu sama jelah cam jawapan org MPS tu bgtau.

Akhirnya setelah 2 minggu meeting MPS tu...tahap menunggu mcm dah sampai ke penghujung. Bkn apa...nak gak tau apa keputusannya. So takdelah kami terharap2 dan termimpi2. Aku pun call blk lah MPS tu pada hari Isnin yg lalu bersamaan 15/12/08 pada pukul 10:33 pg. Bila aku tanya masih lagi jawapan yg diberikan sama...Tp aku nak gak tau lbh lanjut. So aku tanya lagi "saya nak tau permohonan saya berjaya tak?"...dan pegawai tu pun bgtau la kat aku permohonan aku mmg berjaya tp kena tunggu dorg call balik utk siapkan segala dokumen. ALHAMDULILLAH...mmg aku tersangatlah gembiranya pada hari itu. Telah dikabulkan doa kami agar permohonan itu berjaya. Dgn hati yg gumbira aku dgn senang hati sanggup menunggu bilakah harinya MPS nak call blk utk amik dokumen2 tu.

Dan tanpa disangka2 keesokan harinya pada hari Selasa bersamaan 16/12/08 pada pukul 3:39 ptg, pegawai tu terus call aku bgtau yg aku boleh dtg ke pejabat MPS utk amik surat tawaran berkenaan gerai yg hendak disewa tu. Hari yg kedua utk kegembiraan aku...Akhirnya usaha kami utk mendapatkan gerai tu berhasil...sekarang kami cuma perlu membayar segala jenis deposit dan tunggu utk menandatangani perjanjian sblm kunci dpt diserahkan. Alangkah bahagianya rasanya...Tunggu sahajalah harinya itu.



Surat yg aku dpt...


Surat Tawaran yg diberi

Tuesday, December 16, 2008

New Mayor in Town

Bermula 15 Dis 08, Kuala Lumpur telah mendapat Datuk Bandar KL yang baru. Datuk Ahmad Fuad Ismail telah menggantikan Datuk Ab Hakim Borhan yang telah tamat perkhidmatannya.

PETIKAN BERITA HARIAN SABTU 13 DIS 2008

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ahmad Fuad Ismail dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang kesembilan berkuat kuasa esok untuk tempoh dua tahun sehingga 31 Disember 2010.

Ahmad Fuad, 55, menggantikan Datuk Ab Hakim Borhan yang tamat tempoh perkhidmatannya hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam kenyataannya semalam, berkata pelantikan Ahmad Fuad berdasarkan Seksyen 4(2) dan 4(3) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (Akta 190) dan selepas diperkenankan Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Beliau yakin Ahmad Fuad dapat memimpin Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai organisasi yang lebih responsif, prihatin, cekap dan mesra rakyat sejajar hasrat kerajaan meningkatkan kecekapan pentadbiran dan sistem penyampaian perkhidmatan serta menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia.

Ahmad Fuad mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran kerajaan tempatan dan pembangunan sumber manusia sepanjang 32 tahun perkhidmatannya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) sejak 9 Oktober 1976.

Ini termasuk Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sejak Januari 2006, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) selama tujuh tahun serta Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) hampir tiga tahun.

Ahmad Fuad adalah Yang Dipertua MPSJ pertama apabila Majlis Daerah Petaling dinaikkan taraf sebagai perbandaran pada 1997.

Beliau yang berasal dari Bandar Bharu, Kedah mempunyai Sarjana Pentadbiran (Perhubungan Antarabangsa) dari Universiti Denver, Amerika Syarikat serta Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah dari Universiti Malaya.

Selain itu, Mohd Sidek mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Ab Hakim kerana sumbangan dan khidmat baktinya sepanjang dua tahun perkhidmatannya.


Aku agak berbangga jugaklah dgn pencapaian Pak Lang aku ni setakat ni...Mmg pada aku dia layak memegang jawatan ini setelah bermacam2 tanggungjawab yg dipegangnya sblm ini dalam kementerian dan yg sebagainya.

Aku dapat tau pun setelah dia call mama aku utk mengkhabarkan berita perlantikannya itu pada mama ku..
Lastly, semoga berjaya dgn cemerlang lah mentadbir Kuala Lumpur ni supaya menjadi bandaraya yg lebih baik dan sejajar.

Journey 2 Batu Pahat

Last friday aku dgn tak semena2 ajak Isma gi Batu Pahat...takde plan apapun nak gi sana...Tp tetiba je idea nak gi sana dtg bila Isma kata dia tgh sarat kepala memikirkan mcm2 masalah ditambah dgn skt hatinya tu...Aku pun dgn tetiba buat keputusan bombastic plak ajak dia gi sana. Kebetulannya mama dgn baba mmg nak gi sana pun nak gi tgk konsert & convocation Qistina kat Smart Reader nun di sana. aku pun alang2 dah dorg nak gi...tumpanglah satu badan. Kebetulannya ada cuti...apa lagi
Maka pada pagi Sabtu lps Subuh tu kami pun siap2 la nak ke sana. Perjalanan pagi2 tu lengang skitlah cuma jammed skit kat depan Tesco Selayang tu psl ada accident. Pastu smooth journey je. Kami cuma pitstop 2x je sepanjang perjalanan utk breakfast dan toilet.
Dlm lebih kurang kul 11:30pg dah sampai dah kat Banang Heights, Batu Pahat iaitu umah Along. Apa lagi terkejutlah along bila tgk aku dtg...hehehe...sbb aku bgtau mama jgn ckp kat along aku ikut skali. Saja nak surprise...Mmg timing sampai tu baguslah. Sbb along baru nak masak nasi utk makan tgh hari...kalo tak, mau aku kena gi mkn kat luar plak. Hehehe...aku berjaya memberikan 'kezutan' padanya.
Mulanya aku plan nak blk Ahad tu dgn bas psl Isnin dah keje...tp memandangkan Along pun kena ke Kota Kinabalu Ahad tu...so baba pun plan nak blk ke KL ahad gaklah padahal plan asalnya nak blk Isnin tu..Tp dah Along pun takde so dorg pun nak blk sama la...Hehehe...jimat duit tiket bas. Baba dgn mama pun mmg nak amik cucu2nya tu blk KL sbb dah cuti sekolah..
So kami pun bertolak blk ke KL hari ahad tu pada pukul 4 dan sampai umah pukul 8...sbb ada pitstop lagilah utk solat.
Berjaya jugalah aku menghabiskan weekend ku di luar dari KL...

Friday, December 12, 2008

GrEaT LeSs0n

Bosannya dtg keje smlm...dah la meeting plak cancelled. Awal2 takmo bgtau...sabar jelah dgn kerenah org2 yg ada kuasa ni..Ikut sedap ati dorg je nak buat apepun. Sekeh baru tau...Kalo ku tau baik ku cuti dan duduk dirumah...Dahlah bos dtg keje pekerja plak yg tak dtg keje...Ni lagi sorg nak kena sekeh.
Dahlah patutnya cuti pasal public holiday utk Selangor...tp kami ni dgn rajin lagi berdedikasinya buka gak workshop..Argghh...sakitlah ati mcm ni.
Nak mengarang utk blog ni pun takde mood dan takde idea...tp mcm dah lama sgt je tak mengarang...so kutip dan cedok jelah mana2 idea yg ttiba je menyerbu kepala ni.
Well...smlm gi amik Syura my long lost friend from college...(tp bknlah dia lost pun). Actually dia ni housemate aku time blaja kat kolej dulu nih..lama dah tak jumpa lbh kurang campur tolak darab bahagi jdlah dlm 5 thn...Fuiyo!!!lama tu...Kebetulan je psl dia nak turun KL gi follow up check-up kat HUKM tu tp takde sesapa plak...so dia ask me for favor la. Aku takde halpunya nak tolong bknnya menyusahkan pun...Pagi buta kul 3 pagi aku ajak Isma temankan aku gi amik dia kat Jln Duta...alih2 driver bus anta kat Pudu plak. Truslah gi sana plak amik...Lbh kurang 4:30 pagi baru sampai umah dan siapkan apa yg patut utk tetamuku aku pun trus la ZZzzzz...
Hahaha...aku plak tak bgtau kat mama yg Syura nak dtg umah..apa lagi pg2 lagi mama dah terkejut tgk dia ada kat umah. Yg kelakarnya dia siap leh pikir dan cakap kat aku "manalah tau kot2 yg mcm dlm paper tu...amik gambar ttiba ada plak budak berambut panjang" ...dalam erti kata lain HANTU la...kihkihkih..lawak je mama aku tu.
Sambung pada cerita si Syura ni td...actually dia ni ada ketumbuhan dlm otaknya...tp dah buat 3 surgeries. So skrg dia kena buat follow up dan nak recover blk. Aku mmg tak sangka sungguh dia berpenyakit seteruk itu...Tak dptlah aku nak bayangkan camna dia mengharungi hari2 dia bila dpt tau ada ketumbuhan tu. Nauzubillah aku minta dijauhkan dari segala penyakit yang membahayakan nyawaku...Tak tau la camna aku nak mengharunginya...Mmg aku kagum dgn kesungguhan dan ketabahan dia melawan penyakit walaupun dia penah terlantar dan beberapa ketika lumpuh sebelah badan. Apa2 pun aku doakan dia terus sembuh seperti biasa dan dapat mengharungi hidup dgn tabah...AMIN

Thursday, December 4, 2008

< BBQ DAY >

Sekian lama punya lps aktiviti BBQ barulah hari ni nak buat blog psl ni...Takde masa dan xde mood sebenarnya nak mengarang kisahnya. Ni alang2 tgh dok rajin buatlah serba sedikit apa yg mampu.
Plan hari tu 23 Nov 08...kononnya nak kumpul kul 10 la kat kebun pak lang tu. Lagi awal lagi bgs la kekononnya..last2 dkt kul 11 baru sampai sana. Maklumlah mcm2 benda nak disiapkan...tak masuk nak siapkan diri lagi tu.

Bila sampai je sana, ttiba aku disalahkan kerana membawa khabar palsu. Kononnya kolam utk mandi manda yg pak lang sediakan tu belum siap pun...air pun xde. mana aku tau...tuan punya kebun yg ckp camtu. Time kitorg sampai tu pun kebetulan pak lang sampai skali...trus dia ajak berjalan sampai atas ke hujung kebun dia tu...rupanya dia bawa ke atas nak tunjuk kolam mandi yg dah siap tu...SEE!!I'm not lying. Memanglah kena buat kolam mandi yg paling atas...kalau buat kat bwh maknanya mandi sisa2 air dari kolam ikan dia la jawabnya...hihihi. 1st time tgk kolam mandi yg disediakan tu aku agak kagum la jugak...oklah nak dibuat mandi dgn airnya yg boleh tahan dalamnya...kira boleh berenang2 sambil menyelam la kata org tp jgn minum air.

Sungai sebelah kolam mandi manda

Kolam buatan dari air sungai

Sempat posing sebelum memulakan aktiviti

Bila aktiviti melawat dan meninjau dah selesai maka aktiviti utk membakar pun bermula. Tp mulanya kenalah sediakan tempat utk membakarnya dulu...dah siapkan tempat nak kena plak siapkan bara...agak jenuh jugaklah nak menghidupkan api pada mulanya...tp berkat kecekapan anak2 dara melakukannya maka kami berjaya menghasilkan bara api utk aktiviti BBQ. Yg lelaki plak menyiapkan kanopi untuk berteduh dari hujan panas...maklumlah dah musim hujan.

Ni jelah yg mampu utk BBQ

"Betul ke cara kita pasang ni??"

Time to BBQ plak...dan aktiviti ni kaum2 wanita la yg kena buat. Tp mmg sedap wooo...Next time bolehlah buat lagi camni...hehehe
AKTIVITI MEMBAKAR
HASIL2 YG MENYELERAKAN
Bila semuanya dah siap dibakar barulah dpt mengisi perut yg agak kelaparan...ada yg mandi manda dulu baru mkn...ada plak yg makan dulu baru mandi manda. Tp aktiviti yg dilakukan mmg menyeronokkan betul lah di hari minggu tu...sampai ke ptg jugaklah masih melepak kat situ. Akhirnya bila nak blk, jln keluar dr ulu langat kawasan rekreasi tu JAMMED!!!
Kanak2 Girang
Kanak2 Yg Kepenatan
Ikan Yg Menetap Kat Situ

Friday, November 28, 2008

BirthDay Sape??

Smlm bersamaan dgn 27hb Nov 2008 adalah birthday Kak Nora yg ke _ _?? Walaupun kitorg ni baru je berkenalan dgn Kak Nora ni tp rasanya mcm dah lama sgt je kenalnya...kamcengnya mcmlah slalu hang out sesama..kalo hang out pun bila dia rajin dtg berkunjung ke bengkel ni sambil membawa makanan yg tak hingat2 punya banyak...Asal Kak Nora dtg je konpem perut kitorg ni menjadi ketat lagi sendat...huhuhu. Apa2 pun terima kasih bebanyak la Kak Nora kerana sentiasa sudi membelanja adik2 di bengkel ini...sampai naik segan dah kitorg dgn dia ni. Kalo main boling pun dia jugak nak belanja...tah bilanya kitorg punya turn nak belanja dia pun tak taulah. Mudah2an Kak Nora ni dimurahkan sentiasa rezekinya...AMIN
Disebabkan dia suka sgt memenuhkan perut kitorg...so bila besday dia kitorg pun dgn rancangan yg ala2 jahat skit la, telah menipu dia dipagi2 hari..KAKAKAKA. Nak buat camnakan...kalo tak nnt dia gak nak beli. So terpaksalah tipu sunat org kata. HEHEHE...dan dia pun percaya. Ala...kitorg ni tipu dia kata dah beli kek je pun..kek utk besday dia. Padahal mana ada beli pun lagi...mana plak ada kedai kek yg buka pagi2 tu...
Dalam tengahari yg agak2 panas tu kitorg pun bergerak menuju ke kedai kek. Dan destinasinya adalah kat Sri Gombak. Skali salah kedai kek daa...rupanya kedai kek tu kat Taman Sri Gombak. Nak cari Baker's Cottage punya pasal jugak, gi la plak kat Taman sri Gombak tu. Bila dah jumpa kedai kek tu tanpa berlengah kami pun pilih dan amik je kek mana yg berkenan di tekak...hmmm...betullah kan??dan mata...(nnt mata kecik ati plak). Dah siap bayar semua kami pun baliklah kat workshop blk...tunggulah time Kak Nora tu nak dtg.

"Ni lah rupa kek nya"

Dan biasalah...time dia dtg mestinya selepas kul 3PM...Ya Allah mmg lapar tak hingat2 dah la time ni. Rupanya dia siap boleh blk umah dia masakkan utk kitorg. Terharunya rasa...HIKHIKHIK. Besday sapa ni??? Menunya adalah laksa pantai timur. Aku bknnya penah makan pun laksa tu. 1st time ni nak cuba...rupanya rasanya not bad at all. Sedap plak sehingga aku tambah 2x...HAHAHA. Dan cam biasalah dgn menu2 lain lagi yg dia beli...Kan dah kata td kalo Kak Nora dtg konpem perut kitorg sendat lagi ketat. Camtu jugaklah yg terjadi smlm...Apa2 pun terima kasih bebanyak Kak Nora kerana sudi masak dan belanja kitorg mkn...

"Laksa Pantai Timur"

"The Birthday Girl"

Wah!!!Makan Tak Tunggu...

Monday, November 24, 2008

WeekEnd Again

Ujung minggu tiba lagi...Pejam celik pejam celik kejap je dah nak dkt ujung tahun..Alhamdulillah syukur pada Allah aku masih lagi celik.

Pagi Sabtu yg lalu ni konon2 nya hajat nak gi joging la kat Taman Metropolitan Kepong tu..Wah, dah siap ajak Isma le kekononnya dgn semangat yg berkobar2 pada mlm tu. Tp end up again still kat atas katil pg tu. Akhirnya joging ke mana...aku pun ke mana?? Tak juga ke mana2...

Lagi satu plan aku pd hari sabtu tu nak gi Jalan Pasar la nak beli ikan nak letak kat dalam kolam dgn akuarium kat umah tu. Dah dijadikan cerita bgn pun agak lmbt hari tu...so mana pun x pegi la pagi tu...plan joging pun tak menjadi...plan nak gi beli ikan pun tak jadi. Akhirnya lps breakfast pg tu(tp rasanya dah time BRUNCH kot), aku pun tolong la mengemas umah serba sedikit dgn segala bagai...dah siap aku pun naik bilik utk bersiap(time ni dah mandi pagi ye...)

Next plan...gi TESCO EXTRA kat selayang. Ha!!plan yg ni mmg yg cancel...masih berjalan seperti biasa. Yg ni mmg nak kena gi jugak psl nak gi cari brg2 yg diperlukan utk sesi BBQ kat kebun pak lang hari ahad tu. Kalo tak gi Tesco tu nnt adalah brg yg tak lengkap...seumpamanya pakej tak lengkap le nak gi bersantai dan BBQ tu. Dalam lebih kurang 12 tgh hari gak baru aku dgn Isma kuar umah menuju ke Tesco...biasalah kalo dah hari sabtu tak payah katalah jln mmg la jammed. Tp nasib agak baiklah psl jln jammed taklah berapa teruk sgt. Dah beli segala mcm yg perlu kami pun blk la umah dlm 2:30...Sesampainya di umah tgk Along n the family dah sampai kat umah pun. Dptlah aku jumpa dgn kedua2 org nieces aku yg dah agak lama tak berjumpa since Raya hari tu...Dah semakin besar anak buah aku tu terutama skali Adik(...tp bkn badannya...rambutnya)Hehehehe...

Rambut Adik setelah dihairstylistkan oleh Mak Lang

Malamnya tak brp ada aktiviti yg dilakukan selain menonton TV. Bila dah takde apa2 aktiviti aku pun tido awallah supaya esoknya segar dan bertenaga nak pi BBQ. Takdelah awal mana pun dlm kul 11 mlm gak la baru tido.

So...rest for the next activities tomorrow